CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

mulutku cabul


Semalam , aku ngan 3 org member aku pergi ke kertih utk memancing
Tempat tu agak menyeramkan bagi orang-orang yang sangat “berani” macam aku ni la kan

Huhuhuhuhuu

Orang tua-tua pernah cakap, klu pergi tempat yang agak menyeramkan , mulut tu kene jaga. Beli insurans banyak-banyak
Tp semalam, aku lupa kot nak beli insurans kat takaful nasional , tu pasal mulut cabul semacam.

Nak dijadikan cerita ,ada la seorang member aku ni tanya ,
“korang , kalau aku tak pakai tudung boleh tak ?”

Pastu member aku yang sorang lagi pun jawab
“takde masalah, dosa masing-masing”

Aku plak , yg ckp sblm berfikir ni pon ckp la kat dia
“takpe je , kubur masing-masing, tp kalau nak duduk sebelah menyebelah pon takpe. Tapi aku nak kubur kat raub”
Teetttttttttt



Setelah 15 minit berlalu baru la aku perasan yang mulut aku ni puaka semalam. Sampaikan soal kubur pon aku bangkit kat situ

Time tu muka aku da pucat. Kalau toreh ngan pisau pemotong daging korban sekali pun, belum tentu lagi darah tu nak kuar.
Aku punye jantung time tu , da macam baru lepas lari 120km/j
Takut punya pasal

Lepas tu , aku pon beristighfar la banyak-banyak agar selamat sepanjang berada kat tempat memancing tu dan jugak selamat perjalanan pulang ke kolej aku di dungun

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan pulang tiada kejadian yang tak diingini berlaku.
Lepas drpd tu, aku da tak nak da cakap benda yang bukan-bukan ni.

Huhuhuhuhu

Seram bosh !

p/s : selalu kena marah ngn cik abang sbb lupa nak beli insurans mulut . ahaks !

2 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

hahaha. mulut uuu..... memang. choiii!!

nsb bek tak jadik pape.:P

HaNi MaDu SaH said...

hahahaha . tau xpe . u la yg aja i mulut choiii . huk3