CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 28, 2011

my new novel... erkkkkk...

hye..
dah lama dah aku tak update blog aku ni..
aku tak tau nak merapu apa kat sini.. sebab tu aku tak update-update dah..
ha ha ha
so, kat sini aku letak novel yang aku buat sendiri..
hope u'll enjoy read it ;)
errr... tapi tajuk takde lagi... :p






“Su.. tekanan.. tekanan..tekanan…”
            Jejak aje kaki aku kat dalam rumah, aku terus menjerit nama Suliza, housemate aku.
      “Kau ni apa hal? Balik-balik aje terus menjerit. Cubalah bagi salam dulu. Nasib baik lah aku ni bukan dalam kategori pesakit lemah jantung. Kalau tak, arwah dah aku”
      Haaaa.. kan dah kena marah dengan Suliza. Macam lah aku tak tahu Su tu macam mana, memang pantang nenek moyang dia kalau ada orang masuk rumah tak bagi salam. Dan orang tu selalunya aku lah kan. Ah! Aku tak kira, ketidakpuasan hati aku wajib diluahkan kat Su. Kalau tak, boleh jadi gila aku.
“ Su, aku dah putus cinta lagi buat yang ke-49 kali. Aku serik dah Su. Aku dah tak percaya lelaki dah sekarang ni. Aku benci dia orang. Kalau boleh aku taknak tengok langsung manusia yang berjantina lelaki ni. Serik..serik..serik..”
      “Lah, kau dah putus dengan Kimi tu ke? Hari tu kemain lagi aku tengok kau ber‘lovey-dovey’ dengan dia. Aku ingat sampai lah ke jenjang pelamin. Rupanya tak kesampaian. Ish..ish..” Suliza berkata sambil buat muka kesian dia tu. Macam lah aku tak tau, kau tu sebenarnya nak gelakkan aku. Huh.
“Kau perli aku eh Su? Aku tahu lah kau tu dah bertunang and tak lama lagi nak kahwin” aku cakap sambil buat muka tak puas hati kat dia. Dengar aku cakap macam tu, dia terus gelak tak sedarkan diri. Kan, aku dah agak dah.
      “Ara, kau tau tak masalah kau ni apa?”
“Apa? Apa? Apa?????” aku menjerit sambil tarik-tarik rambut aku ni.
      “Kot ya pun putus cinta, kau tak payah lah buat drama kat sini pula,”
“He he he, barulah real sikit. Hah, apa dia?” aku tanya balik soalan tu kat dia.
 “ Kau tu cepat sangat percaya dengan lelaki. Asal ada lelaki ajak kau keluar, cepat aje kau setuju. Kenal-kenal lah dulu dengan dia orang tu betul-betul baru move ke next stage. Perbuatan kau ni bahaya tau tak? Ni nasib lah dia orang tak sempat buat apa-apa dengan kau. Buatnya kau kena rogol, tak pasal-pasal aku kena jadi saksi kejadian.”
      Tu dia, panjang lebar Suliza bagi penerangan dekat aku. Bila fikir-fikir balik, memang betul lah apa yang dia kata tu kan. Orang zaman sekarang ni, bukan boleh percaya sangat. Nasib baik lah aku tak kena rogol macam si Su tu cakap. Ish, minta simpang. Aku pun tak tahu lah apa kena dengan penyakit aku ni. Cepat sangat percaya dengan orang lelaki. Tu satu hal, lagi satu, aku ni cepat jatuh cinta. Pantang ada orang handsome tegur aku, cepat aje aku layan. Cair beb. Tapi disebabkan perangai aku tu lah, aku selalu gagal dalam cintan cintun ni. Lama aku duduk termenung mengenang nasib diri.
      “Kau jangan lah kecil hati dengan apa yang aku cakap tu Ara. Sebagai kawan merangkap housemate yang sejati, aku taknak lah jadi apa-apa kat kau. Lagipun, aku dah janji dengan ibu dan babah kau nak tolong tengok-tengokkan kau kat sini.”
      Janji dengan ibu babah aku?

      “Su, tolong lah tengok-tengokkan anak pakcik ni kat sana ya. Pakcik bukan apa, risau tengok dia ni, kepala otak tak berapa nak centre. Ada-ada aje benda yang dia buat sampai tinggi darah mak dia tu. Kau jaga lah dia ni, kalau datang mereng dia tu, kau pulas aje lah telinga dia tu sampai capang. Pakcik izinkan”

      Ni lah dialog babah aku masa aku nak jejakkan kaki kat Kuala Lumpur ni. Dia punya drama memang terbaiklah. Macam lah aku tak pernah jauh dengan family sebelum ni kan. Saja aje nak jatuhkan saham aku depan Su. Huh!
      “Eh, mana ada aku kecil hati. Memang betul apa yang kau cakap tu. So, mulai dari hari ni, aku malas da nak layan spesies lelaki ni. Aku nak tumpukan perhatian pada kerja aje. Lepas tu, aku nak beli rumah. Baru terjamin sikit masa depan aku ni”. Semangat berkobar-kobar aku dah muncul. Aku akan buktikan yang aku boleh hidup tanpa lelaki. Yeah!
      Suliza hanya memandang aku sambil menggelengkan kepalanya. Tak lama kemudian, dia pun menghilang masuk dalam bilik. Mesti dia ingat aku dah tak betul. tak apa.. tak apa.. akan aku buktikan.






      “Su, hujung minggu ni aku rasa macam nak balik kampung lah. Kau nak ikut?” Aku tanya Suliza masa makan sarapan pagi. Rutin harian kita orang sebelum pergi kerja. Sarapan tu wajib diambil tau.
      “Tak kot. Zarul nak datang sini. Kita orang nak beli barang untuk hantaran sikit-sikit”
      “Oh, kalau macam tu, aku balik seorang aje lah eh. Kalau kau nak kirim apa-apa bagitau aje lah”
      “Okay.” Su berkata sebelum meneruskan suapan dia yang tergendala tadi. Nampaknya aku kena drive sorang-sorang la ni. Bencinya!
      “Argh..mati kau…” terkejut aku. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang tepuk bahu aku. Aku toleh kepala ke belakang, aku lihat Marliana tengah tersengih-sengih pandang aku. Mesti tengah gelakkan aku sebab aku terlatah. Aiseh! Macam mana boleh terlepas ni? Dan baru aku ingat, rupa-rupanya aku dah ada kat office. Jauh betul aku mengelamun.
      “Apa hal?” baru aku teringat kat minah belakang aku ni.
“Bos nak jumpa. Kau berangan nak kahwin ke Ara? Sampai aku kena datang kat kau baru kau sedar. Naik lenguh urat leher aku panggil kau tadi. Tapi kau tak dengar-dengar juga”. Marliana berkata dan berlalu pergi ke tempatnya semula. Yelah, sejak bila pula aku dah pandai mengelamun ni? Kat office pula tu. Kalau nak diikutkan, aku ni lah pekerja yang paling berdedikasi tau. Ni semua lelaki tu punya fasal. Huh!
      “Bos yang mana satu Mar? Bos besar ke bos kecik?”
“Ops, lupa pula yang kita ni ada dua bos. Hahaha. Bos besar yang nak jumpa”
      “Maksud kau Tan Sri ke? Kenapa dia nak jumpa aku? Takkan dia nak bagi aku kerja. Pelik ni. Selalu Encik Zamri yang suka sangat nak jumpa aku. Suka, sebab dia nak bagi aku kerja”
      “Mana lah aku tau. Kau pergilah jumpa dia dulu, baru kau tau dia nak apa. Kot-kot dia nak jadikan kau bini baru dia ke? Ha ha ha” ceit, takde insurans mulut punya Mar. Ni kalau orang lain dengar ni, boleh menimbulkan syak wasangka ni. Tapi secara tak langsung ayat dia tu melekat kat dalam otak aku. Manalah tau tiba-tiba jadi betul. Cehh, perasan juga aku ni rupanya. Takde maknanya Tan Sri tu nak kat aku. Bini dia sejuta kali lagi lawa dari aku la. Astagar, jauh menyimpang otak aku ni rupanya. Ni semua Mar punya pasal…huh!
      Sedar tak sedar, aku dah pun berada depan bilik bos besar aku a.k.a Tan Sri Zakaria. Fuhh, dengan lafaz Bismillah, aku ketuk pintu bilik dia. Tak lama kemudian, aku dengar dia suruh aku masuk. Aku pun apa lagi, buka pintu dan masuk perlahan-lahan. Gaya macam first time aje jumpa bos besar ni. Padahal dah lima tahun aku kerja dekat syarikat ni dan banyak kali juga la aku masuk sini. Hah, korang jangan fikir bukan-bukan eh, aku masuk sini sebab ada meeting dengan dia. Pula tu, bukan aku seorang aje, tapi dengan Encik Zamri dan teammate aku yang lain la kan. Oh ya, Encik Zamri tu ketua bahagian aku. Tapi kan, aku nak berdebar juga sebab ni first time aku jumpa dia sorang-sorang. Gulp!

      “Yes, Ara. Please have a sit,” Bos besar memulakan mukadimmah dia sambil tersengih. Lain macam aje dia sengih tu. Takkan dia nak bagi aku kerja? Habislah kalau betul, aku nak kelentong apa dengan dia? Kalau dengan Encik Zamri tu, ada banyak aje idea kat dalam otak aku ni. Dan aku juga merupakan pekerja yang paling pandai memanipulasikan dia. Ha ha ha. Tapi dengan bos besar ni, tak pernah la pula aku cuba. Macam cari nahas aje kalau aku buat. Aiseh, tiba-tiba aku rasa aku lagi rela kalau Encik Zamri yang bagi kerja kat aku.
      “Ara, you ada plan apa-apa tak weekend ni?”
Aku agak dah. Ni mesti nak bagi aku kerja ni. Aish. Nasiblah kerja makan gaji macam aku ni.
“Erm, plan gempak-gempak tu tak ada lah Tan Sri.tapi niat di hati nak balik kampung weekend ni. Kenapa ya Tan Sri tanya? Ada kerja yang saya kena buat ke?” Wahhhh, aku pun tak sangka aku berani tanya soalan macam tu kat dia. Macam bahaya aje. Arghh.. aku tak kira, janji aku dapat balik kampung. Tapi taknak la balik selama-lamanya. Manalah tau, tiba-tiba aku kena pecat ke. Belasah aje lah labu.
      “Eh, I bukan nak bagi kerja kat you. I just nak jemput you datang rumah I malam sabtu ni. Ada buat kenduri kesyukuran sikit because anak I yang study dekat Ireland tu nak balik Malaysia hari ni. But if you not around, that’s okay.”
      Ceh, sebab tu aje ke? Membazir sel otak aku aje fikir bukan-bukan tadi.
      “Oh, I see. But I’m so sorry Tan Sri. Saya rasa saya tak dapat hadir la sebab saya dah janji dengan parents saya yang saya nak balik minggu ni. Is it okay?”
      “It’s okay Ara. Kan I da cakap tadi, kalau you tak ada kat sini, takpelah” he he, rasa kelakar pula bila bos aku translate apa yang dia cakap tadi dalam bahasa Melayu. Macam lah aku ni tak paham English. Aku saja aje buat-buat tanya. Aku kan orang melayu, mestilah nak beramas mesra. Eh salah, beramah mesra. Tak gitu?
      “Erm.. kalau dah takde apa-apa, saya minta izin keluar dulu lah Tan Sri, banyak kerja yang saya kena siapkan. He he”
      “Oh. Okay-okay. Maklumlah, orang tu nak balik bercuti, mesti nak siapkan kerja kan? you may go now.”
Aku segera bangun dan keluar dari bilik bos aku. Tiba-tiba aku rasa macam pelik pula dengan bos ni, takkan lah nak jumpa aku semata-mata nak invite aku pergi rumah dia? Ish, tiba-tiba aku rasa macam ada scandal dengan bos aje. Bos besar pula tu. Yela, dapat invitation dari mulut dia sendiri. Kalau sesiapa jadi aku, mesti dia akan fikir benda yang sama punya lah. Tiba-tiba ayat Mar menari-nari dekat otak aku ni. Padahal sebelum-sebelum ni ketua bahagian yang announcekan. Tapi Encik Zamri takde pula bagitau kat group kitorang. Ke aku aje yang tak tau? Try tanya Mar lah.
     
      “Hah, bos besar nak apa?” belum sempat aku nak duduk, Marliana dah serang aku dah. Dia ni memang, kalau ada gossip baru, dia lah yang paling semangat sama aje macam Suliza. Belum sempat aku nak tanya dia, dia dah serang aku dulu. Memang agresif betul anak Abdullah ni.
      “Dia just invite pergi kenduri kat rumah dia weekend ni aje. Kau pergi tak?” ayat belakang tu buat-buat tanya aje. Takkan aku nak cakap ‘kau dapat jemputan tak?’ Karang tak pasal-pasal dia cop aku sebagai minah perasaan pula.
“Entahlah, aku tak tau lagi aku pergi ke tak. Aku takut ada plan lain aje”
      “Maknanya korang semua dah tau lah? Tapi kenapa aku tak tau apa-apa pun? Lagi satu, kenapa dia tak suruh korang wakil dia aje jemput aku?” Betullah kan, dia boleh aje suruh budak-budak ni bagitau aku. Tak payah la aku susah-susah pergi masuk dalam bilik dia tu.
      “Oh, tadi dia datang masa kau tengah buat fotokopi kat bawah, dia buat pengumuman sekali. Tapi dia tengok, kau takde. Jadi dia rasa tak adil lah kalau hantar wakil ni. Dia cakap, nanti tak sampai hajat dia tu. Ha ha ha. Jadi dia nak bagitau kau sendiri, tu yang dia suruh kau pergi jumpa dia”
      Laaaa, apa lah bos aku ni. Buat tambah dosa aku aje berprasangka buruk kat dia. Ha ha ha. Malu pula rasanya bila teringat yang aku membayangkan ada scandal dengan dia. Adoi, nasib Marliana tak tau apa yang aku fikir. Malu wei, maluuuuu…



      “Assalamualaikum… ibu, oh ibu..” terjerit-jerit aku memanggil ibu aku. Ibu  aku ni ada kat rumah ke tak? Kalau takde, padanlah muka dengan aku ni. Konon-kononnya nak buat surprise la kan. last-last aku yang surprised sebab ibu aku takde. Alaa, taknak la takde. Penat-penat aje aku balik ni dengan harapan dapat menatap wajah ibu dan babahku yang dikasihi. Uwaaaaaa.
      Tiba-tiba aku terdengar bunyi motor dari simpang jalan sana. Siapa pula la ni? Macam kenal aje. Bila motor tu dah hampir dengan aku, barulah aku perasan rupa-rupanya ibu dan babah aku yang naik motor tu. Teruk betul aku ni, mak bapak sendiri pun tak cam.
      “kenapa tak bagitau nak balik? Nasiblah ibu tergerak hati nak balik awal dari rumah maklang kau. Buatnya ibu lepak-lepak kat situ sampai malam, duduklah kau kat luar ni lama-lama” Ibu dah start panaskan enjin dia sebaik sahaja aku peluk cium ibu dan babah aku. Ibu memang pantang kalau nampak muka aku ni, mesti dia nak membebel sampai hati dia puas. Almaklumlah, aku ni kan anak bongsu dan satu-satunya anak dia yang belum kahwin. Tu yang hati dia panas aje bila nampak muka aku ni. Aish, nasib badan.
      “Ala ibu ni, takkan la nak balik rumah sendiri pun kena bagitau,” Masa ni muncung aku dah sama panjang dengan penyangkut baju dalam almari aku tu.
      “Bawa-bawa masuk dulu lah Lijah oi. Kesian anak awak tu balik dari jauh,”
Babah dah bersuara. Yela pun ibu aku ni, tak menyempat nak membebel.
      “Dah-dah.. tak payah mengada-ngada nak merajuk. Jom masuk dalam. Babah kau dah bawak masuk beg kau tu dah. Pergi bersih-bersihkan badan kau tu,” Aku pun melangkah masuk ke dalam rumah bila ibu aku dah mula bagi arahan. Ibu aku ni kalau dah naik darah, tentera jepun pun kalah. Parut-parut yang ada kat badan kakak dengan abang aku tu sebagai bukti. Tapi itu memang sah-sah la salah diorang sendiri. Siapa suruh pergi buat acara terjun tiruk kat dalam parit belakang rumah tu. Memang kena lah se‘das’ dua dengan ibu aku. Nasib baik lah masa kecik-kecik dulu aku ni baik, sebab tu badan aku halus mulus tanpa sebarang cela. Kakak dengan abang aku pandang tak puas hati aje dengan aku sebab kulit aku cantik. Ha ha ha.



      “Kau ni bila nak kahwin Arafah?” Erk. Aku hampir-hampir tercekik lauk daging masak merah bila ibu aku tiba-tiba bertanyakan soalan tu. Aku dah agak dah ibu aku akan tanya soalan ni, tapi tak kena masa lah ibu. Ini boleh menghilangkan selera aku ni.
      Sebenarnya, dah lama dah soalan ini jadi favourite question mak aku. Lebih-lebih lagi bila umur aku masuk aje 26 tahun bulan lepas. Dia kata, umur wajib kahwin. Bukan aku taknak kahwin, masalahnya sekarang, aku ni dah banyak kali dah putus cinta. Aku balik kampung ni pun konon-kononnya nak mengubati hati yang tengah lara. Baru aje minggu lepas aku putus cinta dengan seorang engineer ni. Dia minta putus sebab aku taknak ikut dia melancong dekat Newzealand. Gila ke hape? Dia ingat aku ni mat salleh gamaknya. Suka-suka hati pergi melancong dengan orang yang tiada pertalian saudara dan bukan muhrim. Buatnya terlanjur, Nauzubillah. Tak dapat aku bayangkan.
      “Yang kau tergeleng-geleng ni kenapa? Kau jangan cakap taknak kahwin Arafah. Kau tu dah tua, dah wajib kahwin dah. Kalau takde calon, biar ibu yang tolong carikan.” Kan aku dah kata, ‘wajib kahwin’. Haila ibu aku ni, memang tak sporting betul lah. Sekarang ni kan dah moden, 26 tahun tu masih muda apa.
      “Bukan taknak kahwin ibu. Ara cuma tak sedia lagi aje. Yelah, nak kahwin duit kena lah banyak lepas tu nak cari rumah lagi. Ara taknak la anak-anak Ara nanti duduk rumah sewa ibu,” Aku rasa alasan tu dah cukup bagus dah. Sebelum balik kampung lagi aku dah sediakan alasan tu. Harap-harap boleh lah diterima pakai.
      “Dah berapa lama dah kau kerja, takkan lah kau takde buat saving?” ibu aku tak puas hati lagi rupanya.
      “Ada tu ada lah ibu, tapi mana cukup. Ara kan nak beli rumah dulu. Lagipun, kereta tu mana habis bayar lagi,”
      “Banyak lah alasan kau. Ibu tak kira, lepas ni kalau ada orang datang meminang kau, ibu terima aje. Dah-dah la tu, tak payah lah kau susah payah nak fikir alasan apa lagi. Angkat pinggan mangkuk ni ke singki,”
      Babah aku dari tadi senyap aje. Agaknya dia pun dah letih dengar mak aku membebel pasal aku yang tak kahwin-kahwin lagi ni. ‘Takpe babah, Ara faham’. Sambil memandang babah, aku berkata dalam hati. Macam lah babah aku tu boleh faham signal yang aku bagi kat dia.


      Ibu dan babah aku dah pun masuk ke dalam bilik lepas makan malam tadi. Tinggal lah aku sorang-sorang kat dapur ni. Ayat ibu aku terngiang-ngiang di telinga aku. Dia nak terima aje sesiapa yang masuk meminang aku. Memang tak masuk akal langsung. Dia ingat anak dia ni popular agaknya sampai ada orang sanggup nak masuk meminang tanpa aku yang suruh. Ha ha ha. Tapi, aku dah boleh tarik nafas lega kat situ. Maknanya, aku terselamat lagi. Masalahnya, aku takut ibu aku terlebih rajin tolong carikan jodoh untuk aku. Haaa, yang tu memang tak selamat. Ibu aku ni pun satu, lepas aku dah buat perjanjian taknak cari pakwe ni lah dia suruh aku kahwin cepat-cepat. Trauma aku pun tak hilang lagi ni.
      Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Tertera nama Su di skrin telefon. Minah ni macam tau-tau aje yang aku ni ada masalah. Ni yang buat aku sayang dia lebih ni.
      “Hello, Assalamualaikum,” suara dia menerpa selepas aku jawab panggilan tu.
      “Waalaikumussalam.. Su, tolong aku,”
“Weh, aku telefon kau ni sebab aku yang nak minta tolong dengan kau. Ni belum apa-apa kau dah minta tolong dengan aku dulu. Ini boleh mendatangkan kemarahan ni,” Huhu. Maaf lah Su, aku tengah serabut ni.
      “Yela-yela, kau nak suruh aku tolong apa ni?” aku mengalah.
“Aku nak kau jadi pengapit aku. He he he,”
      “Kau gila ke apa? Taknak lah aku. Masa kakak aku kahwin pun, aku tolak habis-habisan nak jadi pengapit dia. Apatah lagi kau. Ish, seram,”
      “Argh, aku tak kira, aku nak kau juga yang jadi pengapit aku. Kalau tak, aku taknak tolong kau dah pasni,” Erk, lain macam aje si Su ni. Mentang-mentang lah aku suruh dia tolong tadi. Nak balas dendam lah tu.
      “kau kijam la Su. Yela-yela. Aku setuju jadi pengapit kau,” hari ni tiba-tiba jadi ‘yela-yela’ sedunia. Apalah nak jadi dengan aku ni.
      “Ha ha ha. Aku suka bila dapat kenakan kau. Hari rabu ni ikut aku pergi cari kain pasang untuk buat baju kau. Yela, kau kan pengapit aku, jadi kau kena lah pakai baju ikut tema. Tapi, yang tu kau tak payah risau. Aku bayarkan untuk kau. Haaa, baik tak aku?” ceh, puji diri sendiri lah pula minah ni.
      “Kalau macam tu, baik kau aje yang pergi beli. Kau pilih, kau bayar. Takde aku pun takpe,”
      “Eh, mana boleh. Buatnya kau tak suka dengan pilihan aku nanti, rosaklah majlis aku. Lagi gempak, keluar tajuk kat surat khabar ‘Awas! Pengapit mogok sambil tarik muka,”
      “Hmmmm, bagus juga cadangan kau tu, apa pasal aku tak terfikir eh?” aku cakap sambil mengangguk-anggukkan kepala aku. Macam lah si Su tu nampak.
      “Weh, janganlah. Kau saje aje kan,” cuak juga si Su ni kan. tiba-tiba aku terbayang muka dia yang takut tu. Ruginya, kalau ada kat depan mata ni boleh aku ambil gambar, buat kenangan. Paling tak pun, aku buat slide show masa dia kahwin nanti.
      “Ala Su ni, nak gurau-gurau manja pun tak boleh. Yela, aku ikut kau lah nanti pergi pilih kain. Eh, aku ada hot story ni. Kena luahkan sekarang, kalau tak boleh rentung aku,” baru aku teringat tentang masalah aku.
      “hah, apa dia?”
“Walawei, garangnya kau, tak jadi lah nak cerita,”
      “Tu bukan garang lah lesung, tu semangat nama dia. Kau jangan mengada-ngada tak jadi cerita. Aku kalau bab-bab hot story ni, berkobar-kobar nak dengar tau tak,” suka hati si Su ni aje panggil aku lesung. Memang dasar kaki gossip betul lah dia ni.
      “Aku nak cerita lah ni, saje test market tadi, ha ha. Ibu aku ni, dah bising-bising suruh aku kahwin…”
      “Ceh, itu yang kau cakap hot story? Jangan kan hot, suam pun tak lepas lagi tu,” belum habis ayat aku, dia dah mencelah dulu. Kurang aji namoto betul lah budak ni.
      “Kau ni sabar lah, aku tak habis cerita lagi ni,”
“Oh, yeke? Sorry-sorry. He he,”
      “Ibu cakap, dia nak terima siapa-siapa aje yang masuk meminang aku. Yang tu aku tak risau sangat. Memang sah-sah takde orang yang nak masuk meminang aku tiba-tiba. Yang aku risau, buatnya dia bersekongkol dengan mak lang aku pergi cari calon suami aku, tak ke naya. Kau bukan tak kenal ibu aku tu, kalau bab-bab macam ni memang dia semangat,”
      “Wah, yang ni memang betul-betul panas. Dah macam cerita dalam drama ni. Perkahwinan di atur oleh ibu bapa. Hak hak. Aku suka,”
      “Suka tok engkau. Aku yang merana kat sini. Aku taknak kahwin lagi la Su. Aku dah serik,”
      “Sejak bila pula kau dah kahwin ni? Siap boleh serik-serik bagai,”
“Kau ni kan, aku kan baru putus cinta. Aku serik la nak keluar dengan lelaki ni. Kalau kahwin, lagi lah teruk. Sepanjang masa kena hidup dengan diorang,”
      “Ara oi, kau putus cinta sebab kau takde jodoh dengan diorang. Bila kau dah kahwin, maknanya kau ada jodoh. Dugaan masa kahwin pun lain, tak sama macam couple. Kau tak rasa lagi, kau dah kata serik. Ibu kau tu bukan apa, dia risau kau tak kahwin lagi. Nak-nak pula aku nak kahwin tak lama lagi. Kau kan housemate aku. Nanti bila aku dah kahwin, kau duduk sorang-sorang kat rumah tu. Aku rasa logik juga dia suruh kau kahwin cepat-cepat”
      Sejak bila pula si Suliza ni pandai bagi nasihat? Pakar motivasi pun kalah ni. Tapi apa yang dia cakap, betul juga. Takkan aku nak tinggal sorang-sorang kat rumah tu?
      “Ermmm, nantilah aku fikirkan hal ni. By the way, terima kasih banyak-banyak la Su. Kau lah tempat aku curahkan perasaan. Sesungguhnya aku amat bersyukur memiliki kau sebagai teman baik aku..isk..isk..”
      “Dah-dah. Kau tak payah buat drama swasta kat sini. Habis melambung bil telefon aku bulan ni nanti. Okeylah. Kau fikir lah baik-baik apa yang aku cakap kat kau tu. Jangan lupa rabu ni tau. Assalamualaikum, bye,” cepat aje Suliza putuskan talian. Ele, macam aku tak tau dia sebenarnya segan tiap kali aku cakap macam tu kat dia. Su kan sensitive. Hua hua hua. Tak lama kemudian, aku pun masuk ke dalam bilik dan tak sampai berapa minit, aku dah belayar dulu dah.




      “Ibu, babah.. Ara pergi dulu ya,” sambil tu aku bersalam-salaman dengan ibu dan babah aku. Air mata aku pun dah sama banyak dengan air kat dalam parit belakang rumah aku tu. Part ni yang aku paling benci kalau balik kampung. Aku pun tak tau kenapa, setiap kali nak meninggalkan kampung aku mesti menangis. Dah jadi macam acara wajib pula. Sampaikan ibu dan babah aku pun dah berjangkit dengan penyakit aku ni.
      “Dah-dah lah tu menangisnya. Bulan depan kan kau balik lagi. Dah tak lama dah. Bawa kereta tu elok-elok. Jangan fikir nak cepat sampai aje. Biar lambat, asal selamat.” Sempat lagi babah aku buat iklan komersial kat sini.
      “Yela, babah. Awal bulan nanti Ara balik lagi.” Masa tu aku dah masuk pun ke dalam kereta. Ibu aku hanya memandang sayu ke arah aku. Almaklumlah, anak kesayangan nak pergi jauh, mestilah sayu gitu.
      “Dah sampai nanti, bagitau ibu,” Ibu aku pula memberi pesanan. Tak lama selepas itu, aku pun berangkat pulang. Tak boleh lama-lama, nanti ada yang tak balik Kuala Lumpur nanti. Huhuhu.
      Tepat tiga jam perjalanan, aku pun sampai ke rumah. Nampaknya Suliza tak ada. Mesti dia keluar dengan tunang dia. Lupa pula aku nak bagitau dia yang aku balik hari ni. Ala, biarlah dia nak habiskan masa dengan si Zarul tu. Malas aku nak menyibuk.
      Aku pun mengemas baju aku ala kadar selepas menelefon ibu aku. Ni kalau tak buat sekarang, mesti aku dah malas dah nak buat nanti. Aku ni memang dari dulu terkenal dengan sifat malas. Anak manja la katakan. Opppsss.  Lepas siap mengemas, aku pun melepak kat ruang tamu sambil menonton televisyen.
      Tak lama kemudian, aku terdengar bunyi orang membuka pintu. Siapa lagi kalau bukan Suliza Mohd Hassan. Cepat pula dia ni balik. Selalunya selagi jarum jam tak menunjukkan angka 12, jangan harap lah nak nampak batang hidung. Ini tak sampai pukul lima dah buka kunci mangga. Unbelievable! Anak-anak, jangan ikut perangai ni ya. Tak manis dipandang orang..huhu..
      “Lambat kau balik hari ni,” seperti biasa, ayat perli-perlian dari aku.
“Kau ni, baru balik kampung dua hari dah rindu nak perli aku ke? Sampaikan aku tak duduk lagi kau dah serang,”
      “Agak lah. Aku ni mana boleh kalau tak perli orang dalam sehari. Boleh jadi gila aku. terima kasih kepada kau yang selalu jadi mangsa aku. huhuhu.”
     “Banyak lah kau. Kalau aku dapat baucer KFC 12 bulan sebab kena perli dengan kau takpe lah juga. Ini habuk pun tarak. Baiklah kau pergi perli si Mutu kat hujung simpang sana tu,”
      “Lah, kau tak tau ke? Mutu tu pun aku dah puas perli dah. Ha ha ha.”
“Dah la, dari aku layan kau, baik aku masuk bilik. Mandi pastu tidur. Lagi nikmat.”
      “Ala, teman lah aku. Kejap lagi cerita Run Mackerel Run nak start dah. Bosan lah tengok sorang-sorang,”
      “Ish, aku tak minat lah dengan cerita korea kau tu. Kalau kau nak sangat orang temankan kau, kau kahwin aje cepat-cepat. Pastu kau paksa la hubby kau tengok sekali,” Tak lama lepas tu, Suliza pun menghilang masuk ke dalam bilik. ‘Hampeh punya Su. Kau dengan ibu sama aje. Sikit-sikit suruh aku kahwin’.



      Hari Isnin adalah hari yang paling aku benci. Aku rasa semua orang macam aku kut. Rasa macam tak puas aje cuti dua hari. Tapi nak buat macam mana, orang yang kerja makan gaji macam aku ni terpaksa lah ikut jadual yang dah ditetapkan. Lainlah kalau aku ni bos, ikut suka hati aje nak masuk office pukul berapa.
      Seperti biasa,aku merupakan pekerja yang paling awal tiba di office. Kan aku dah cakap, aku ni pekerja yang berdedikasi. Uhuk! Aku lihat ada beberapa kerat aje orang yang ada kat office ni. Biasa lah, diorang ni kan punctual. Selagi tak pukul sembilan, jangan harap nak nampak batang hidung kat sini.
      Tiba-tiba aku berasa pelik bila lalu kat depan pintu bilik Encik Zamri. Tag nama Encik Zamri dah bertukar kepada Ashraf Hadzim. Sejak bila pula Encik Zamri apply pertukaran nama dengan Jabatan Pendaftaran Negara? Ish, tak logik apatah lagi tak masuk akal. Tapi Ashraf Hadzim ni siapa? Nama dah ada unsur-unsur nama favourite aku ni. Aku baru aje berangan nak letak nama anak aku dengan nama ni. Ish, penyibuk betul lah. Fikir punya fikir tiba-tiba aku ternampak Marliana kat depan pintu.
      “Mar, sini kejap. Aku ada benda nak tanya kau ni,”
“Amboi, banyak cantik kau. Kau lah datang sini,”
      “Ala, kau kan nak pergi kat meja kau.. mestilah kau lalu sini. Apalah salahnya kau join aku berdiri terpacak kat sini,”
      “Hish, yang kau jadi guard kat depan pintu bilik bos tu kenapa?.”
“Hah.. tu yang aku nak tanya kau tu. Ni nama siapa pula ni Mar?” Aku tanya Marliana sambil jari aku tunjuk kat tag nama tu. Masa tu dia dah berdiri kat sebelah aku.
      “Nama bos lah, nama siapa lagi,”
“Masalahnya, sejak bila Encik Zamri tukar nama?”
      “Apsal pula Encik Zamri nak tukar nama?”
“Tu.. kat pintu tu bukan nama dia.. tapi nama orang lain,”
      “Oh, aku lupa kau tak datang rumah Tan Sri hari tu. Encik Zamri dah kena tukar pergi department lain. Yang ganti tempat dia anak Tan Sri,”
      “Maksud kau, nama kat pintu ni nama anak Tan Sri lah eh?”
“Ha,ah. Handsome gila kau tau tak. Nasib lah aku ni dah kahwin.. kalau tak, memang aku tackle dah. Eh, kau bujang lagi kan? Boleh lah try masuk jarum. Baik kau cepat. Aku dengar Juliana dari HR department tu sibuk nak usha bos kita. Euwww.. tak sanggup I nak tengok dia tergedik-gedik kat department kita ni,” Sambil tu dia meliuk lentokkan tangan dia.
      “Yang kau tetiba jadi golongan auwww ni apsal? Teringin ke?”
“huhuhu. Kegelian aku terbawa-bawa rupanya. Eh, cukuplah sampai sini kita gossip.. karang tak pasal-pasal bos baru kita tu sampai. Kantoi I” Marliana pun berlalu pergi ke meja dia. Aku juga menuju ke tempat aku ‘Bos baru? Alamak, susah lah aku nak dapat kerja sikit lepas ni.’ Tengah aku memikirkan strategi yang baru, tiba-tiba ada orang mengetuk meja aku. Nasib baik jantung aku ni kuat lagi, kalau tak.. confirm tercabut.
      “ Are you Arafah Hildiana?” orang yang ketuk meja aku tadi bertanya. Apa hal pula dia ni tanya nama aku? tak pernah nampak pun sebelum ni.
      “Ya saya. Ada apa ya encik?” Dengan lemah lembut aku bertanya. Budi bahasa kan budaya kita.
      “Masuk ke bilik I sekarang,” Lelaki tu memberi arahan sebelum dia menghilangkan diri. Macam biskut pula boleh hilang-hilang. Padahal dia pergi masuk bilik dia. Eh, kejap-kejap. ‘masuk bilik? Aku kenal dia ke? Bilik mana pula nak kena masuk? Haaa, entah-entah dia ni lah bos baru aku. alamak, macam mana ni?
      “Arafah! What are you doing? Come to my office right now!” Waktu tu mamat tu dah ada kat depan pintu bilik dia. Mak aih, tak penyabar betullah dia ni. aku nak pergi lah ni. Sambil tu sempat aku tengok Marliana sebelum masuk bilik bos. Dia dah tersengih-sengih macam kerang busuk kat meja dia. Aku macam tau-tau aje apa yang dia fikirkan. ‘tak mungkin’. Aku buat isyarat mulut kat dia. Terus dia hamburkan gelak dia. Agak dah!
      Masuk aje bilik bos, aku tengok dekorasi bilik dia lain dari sebelum ni. Wah! Cepat betul diorang ni buat kerja. Kalau aku jadi Encik Zamri ni, dah lama kecik hati. Ini tidak adil. Eh, lupa pula. Dia kan anak bos besar!
      “Awak tercegat apa lagi kat situ? Please, have a sit.” Eh..eh.. boleh pula aku terlupa yang dia ada kat dalam bilik ni juga. Nasib baik aku kutuk dia dalam hati aje tadi, kalau terkeluar, memang automatik aku kena pecat.
      “So, you are the one who not attend to my welcoming party, right?” Belum sempat aku duduk kat kerusi tu, dia dah bersuara dah. Dia ni memang tak penyabar lah.
      “Ya saya. Saya ada hal sikit. Kena balik kampung,”
“Well, that’s okay. I panggil you masuk bilik I pun sebab I nak berkenalan dengan you.”
      Berkenalan dengan aku? Kenapa aku rasa macam tak kena aje ayat dia tu? Wake up, Ara. Jangan nak perasan okay! Biasalah, bos baru nak kenal dengan pekerja dia.
      “Erm, saya rasa.. semua perkara tentang saya, saya dah update kat profil saya ni, Encik. Tapi kalau encik nak tahu lebih lanjut, encik tanya aje lah apa-apa yang encik suka,”
      “Betul ni? Apa-apa yang I suka?”
Aku hanya anggukkan kepala sebagai jawapan soalan dia tu.
      “Well, kalau macam tu, I nak tanya you dah ada boyfriend ke belum?”
“Hah!?”
      Sewel ke apa dia ni? aku rasa soalan tu takde kena mengena dengan skop kerja aku. Kalau dia tanya berapa banyak syarikat ni habiskan duit ataupun dapat duit, kena lah juga dengan kerja aku ni. Sah! Otak dia ada urat yang tercabut.
      “Kenapa? Terkejut? Kan you sendiri yang bagi I tanya apa-apa yang I suka.” Mamat tu hanya tersengih. Masa ni nak aje aku campak dia sampai ke dalam laut mati.
      “Errr. Maksud saya, soalan yang ada kaitan dengan kerja lah, Encik”
“Kan I dah cakap yang I nak berkenalan dengan you. If I tanya you pasal kerja, baik I berkenalan dengan kerja aje,”
      Betul juga apa yang mamat ni cakap. Tapi, soalan dia tu masih tak logik bagi pandangan aku. Next question!
      “Saya rasa saya taknak jawab soalan encik tu. Baik encik tanya soalan lain aje,” Soalan-soalan macam ni lah yang boleh buat aku naik darah, penting sangat ke kalau ada boyfriend ni? Kalau takde pun apa salahnya. Aku tak menyusahkan siapa-siapa pun. Huh!
      “If you taknak jawab soalan I pun takpe. Tapi I terpaksa pecat you lah kalau macam tu,”
      “Apsal pula?”
“Just want to remind you, I’m the boss. I can do whatever I want,”
      Heh, bos macam ni lah yang aku tak suka. Menyalahgunakan kuasa. I  hate him so much!
      “Takde..” aku berkata perlahan. Aku tak tau lah dia dengar ke tak.
“Come again?” Sah, dia tak dengar.
      “Saya takde boyfriend lagi!.” Tiba-tiba aje aku jawab dengan penuh semangat. Macam kena rasuk pula.
      “Bagus.. tu yang I nak dengar tu. Mulai hari ni, you kena ikut ke mana aje I pergi termasuk lunch hari ni.”
      “Hah? Dah tu, kalau encik balik pun saya kena ikut ke?”
“Haha. You ni kelakar lah. Kalau you nak ikut pun takpe. Kalau you nak ikut I pergi toilet pun okey,”
      “Gila,” Ayat tu aje yang mampu keluar dari mulut aku. Mamat tu ketawa puas hati. Suka la tu dapat kenakan aku. Yang aku ni bendul sangat apa hal?
      “Just kidding.. Maksud I, kalau ada kaitan dengan kerja lah. Like today, I have to attend a meeting with Dato’ Salleh, lunch nanti. You kena ikut I,”
      Amboi-amboi… suka hati dia aje bagi arahan entah apa-apa tu. Dulu Encik Zamri takde pun suruh kita orang follow dia pergi mana-mana meeting. Semua dia buat sendiri. Kecuali kalau khidmat kita orang diperlukan baru lah kita orang pergi. Tu pun kita orang pergi ramai-ramai.
      “Kenapa encik tak suruh secretary encik aje?” Tu ayat menolak sebenarnya.
      “For you information, I don’t have any secretary,” Betul lah tu. Lupa pula. Tapi kenapa aku? lepas dengar jawapan dia, aku menyepikan diri. Tiba-tiba aku jadi speechless. Tak pernah aku speechless sebegini rupa.
      “And one more thing… call me Ash.. I tak suka dengar panggilan ‘encik’ tu. Lebih-lebih lagi bila you yang sebut,”
      “Tapi encik kan bos saya. Kena lah saya panggil encik. Kalau encik taknak saya panggil encik dengan gelaran encik, saya panggil bos aje lah,”
      “You ni degil kan? I nak you panggil I Ash juga. Kalau tak, I pecat you,”
Ish.. dia ni suka-suka hati aje ugut aku. mentang-mentang lah aku ni pekerja dia, dia ingat dia boleh buat suka hati dia aje lah. Takpe-takpe. Aku sabar. Aku takkan kalah dengan dia punya lah.
      “So?” Dia tanya lagi.
“Nak panggil lah ni!” Aku marah dia. Siapa suruh tak penyabar sangat. Kan dah kena. Dia hanya  gelak. Nasib baik dia cool, kalau orang lain, mesti aku dah kena. Yelah, suka-suka hati aje marah bos.
      “I’m waiting..” Ish, dia ni memang tahap kesabaran kurang agaknya.
“Err..A..Ash” Aku cakap tergagap-gagap. Pula tu, macam tak keluar aje apa yang aku sebutkan.
      “Erm, okey lah. Cukuplah tu I torture you hari ni. Kesian I tengok, dah macam udang kena bakar. Ha ha ha. Okey, you may go now.”
      Macam tu aje? Aku sememang-memangnya dah kalah teruk dengan dia. Su! Aku rasa aku memang betul-betul dah benci lelaki. Lebih-lebih lagi mamat kat depan aku ni. Aku pun bangun dari kerusi dan menuju ke pintu. Sebelum tu, sempat aku jeling tajam kat dia. Tiba-tiba aku rasa macam aku ni budak-budak pula. Cuma takde jelir-jelir lidah aje. Telinga aku masih sempat dengar bunyi dia ketawa masa nak tutup pintu. ‘Ni yang aku rasa macam nak belajar buat bom aje ni’







      “Ara, bos nak apa?” Marliana dah menyibukkan diri kat sebelah aku. Kerja dia dah siap ke? Dia ni kalau tak siap kerja, jangan harap lah nak buka mulut. Ni bukan setakat buka mulut aje, dah siap buka langkah lagi tu.
      “Dia suruh aku ikut dia pergi meeting lunch karang,”
“Wah.. Panas!” Marliana berkata sambil mengipas-ngipaskan tangan dia. Gaya dia dah macam Fazura dalam cerita Pisau Cukur dah aku tengok.
      “Memang panas pun. Kalau kau jadi aku, berlian kat tudung kau ni pun boleh bertukar warna. Ei, geram aku,”
      “Kau geram kenapa pula?”
“Bos kau tu lah. Suka hati dia aje suruh aku ikut pergi meeting. Dia ingat aku ni secretary agaknya. Banyak lagi kerja lain yang aku kena buat. Pula tu, kalau aku taknak, dia nak pecat aku. Gila ke hape? Dia ingat senang ke nak dapat kerja bila dah kena pecat.”    
      “Ha ha ha. Dia cakap macam tu ke? Coolnya dia!” Marliana berkata sambil tangan dia letak kat pipi. Dah macam peminat fanatik pula aku tengok dia ni. Aku rasa kalau bos aku tu buat fan club, sah-sah Marliana register jadi ahli. Minah ni bukan boleh percaya!
      “Kau ni tak betul ke? Macam tu pun cool?”
      “Kau tu kenapa pula? Bukan sebelum ni kau pantang tengok lelaki handsome ke? Cepat aje mata kau tu naik juling. Ni aku tengok kau macam tak berminat aje tengok bos kita tu? Kenapa? Kau dah minat kaum sejenis ke? Oh tidak! Ara dah tak normal..”
      “Kau tak payah nak buat drama kat sini lah. Aku tengah panas ni and aku masih normal okey! Tak ada maknanya nak suka kaum sejenis. Nabi tak mengaku umat tau,” Aku tengah marah, boleh pula si Marliana ni buat audition Pilih Kasih kat depan aku. Memang nak kena baling dengan kasut saiz tujuh betul lah dia ni.
      Tiba-tiba aku rasa macam terdengar bunyi pintu bilik di buka. Selang beberapa minit tempat aku menjadi mendung disebabkan dilindungi ‘sesuatu’.. Rupa-rupanya ‘sesuatu’ tu adalah bos aku yang sengal lagi bengong. Aku tengok Marliana dah tercengang kat situ. Mesti dia terkejut sebab bos tiba-tiba muncul depan dia. Kantoi!
      “Bahagianya I tengok you all ni. Kerja dah siap ke?” Mamat tu bersuara. Marliana hanya tersengih-sengih pandang aku sambil membulat-bulatkan mata dia. Aku rasa dia tengah buat bahasa isyarat dengan aku. malangnya aku tak berapa nak faham dengan isyarat dia tu.
      Kemudian aku pandang pula kat mamat sengal tu. Dia pun tengah tengok aku sambil mengangkat kening dia tanda dia tengah tunggu jawapan kita orang. Tiba-tiba handphone dia berbunyi tanda ada mesej masuk. Masa dia tengah belek-belek handphone dia, aku terus pandang Marliana. ‘Apa aku nak jawab ni?’ aku buat isyarat mulut kat dia. Hari ni tiba-tiba kita orang jadi orang bisu pula. Semuanya gara-gara mamat tu.
      “Kau jawab lah apa-apa pun,” Marliana balas balik guna isyarat mulut juga. Bahasa isyarat tu aje yang kita orang faham. Tu pun kena fikir dua tiga minit dulu baru data sampai ke otak.
      “Let’s go Arafah,” Bos aku bersuara. Soalan dia tadi dibiarkan tak berjawab. Fuhhh..selamat… Tapi tak berapa nak selamat bila aku ingat balik apa yang dia cakap tadi. ‘Let’s go???’ Go pergi mana pula ni?
      “Errr.. pergi mana encik?”
      “Arafah, how many times I’ve told you no more ‘encik’ and just call me Ash? And one more thing, did you forget that we have to attend a meeting today?”
      “Sorry encik… errr.. Ash.. saya ingat.. tapi bukan ke meeting tu masa lunch hour. Sekarang baru pukul dua belas suku encik.. err.. Ash..,” Adoi, terbelit-belit lidah aku nak panggil nama dia ni. tak boleh ke aku panggil dia encik aje? Dia hanya tersenyum mendengar jawapan aku.
      “Kita kena keluar awal sikit. Sebab meeting tu kat Subang. I takut tak sempat sampai on time aje,”
      “Oh, okay.” Aku jawab sambil terangguk-angguk kepala. Marliana hanya jadi pemerhati kita orang. Dia ni tak reti-reti nak blah ke? Ni mesti nak pasang telinga ni.
      “Marliana, you takde kerja lain ke? And I rasa, tempat you bukan kat sini kan?” Ha ha ha. Tak pasal-pasal Marliana kena dengan mamat tu. Aku buat isyarat ‘thumbs up’ dekat dia. Marliana jeling maut kat aku sambil balik ke meja dia semula. Bengang la tu!
      “Yang you ni, tak reti-reti nak bersiap ke? Ke nak I yang tolong siapkan?” dia tersengih tengok aku. mamat ni kan, suka tau kenakan aku. Sumpah aku benci dia!


      Perjalanan ke Subang yang mengambil masa 45 minit tu aku rasa macam 45 jam aje. Tak pernah aku rasa bosan macam ni bila naik kereta. Yelah, aku ni kalau masuk aje kereta terus pengsan. Tapi tu bila aku jadi penumpanglah kan. Gila ke apa nak tidur masa memandu? Memang arwah lah aku kalau buat macam tu.
      Sebab tu Suliza lagi suka aku yang memandu bila balik kampung daripada jadi penumpang. Sebabnya kalau dia yang memandu, aku mesti tidur punya. Dia kata, lebih baik dia bawa kucing jiran sebelah dari bawa aku. sekurang-kurangnya kucing tu mengiau bila dipanggil.
      Tapi, dengan bos aku ni, tak berani lah pula aku nak menidurkan diri. Nanti tak pasal-pasal dia jual aku kat bapak ayam ke kan. Bapak ayam? Aku rasa bapak ayam pun tak nak beli aku ni. Kau ni memang perasan lah Ara!
      “Okay, dah sampai.” Mamat tu bercakap masa aku tengah sibuk mengarut kat dalam kepala otak aku ni. Masa ni aku rasa happy gila. Macam baru terlepas dari tawanan perang aje.
      Aku cepat-cepat keluar dari kereta sebelum dia bukakan pintu untuk aku. aku bukan apa, aku taknak orang salah faham aje. Cukuplah incident tu berlaku sekali kat office tadi. Malu wei, semua orang yang ada kat situ dah pandang aku pelik. Mesti lepas ni aku jadi bahan dalam gossip diorang. Habislah!
      Tiba-tiba mamat tu dah ada kat sebelah aku. Gila cepat dia ni. tadi baru aje aku tengok dia tengah ambil dokumen kat tempat duduk belakang. Bila masa pula dia berjalan datang kat aku?
      “Come, Dato’ dah sampai. I taknak dia tunggu lama-lama.” Dia terus berjalan laju ke arah lobi hotel. Laju gila dia ni. Aku rasa dia ni bukan manusia lah. Aku pun terpaksa mempercepatkan langkah aku supaya beriringan dengan dia. Turun jugalah dua kilo lemak aku ni. Mana taknya, tengah-tengah hari buta ni aku dah buat acara marathon.
      Mesyuarat tersebut berjalan lancar sama seperti mesyuarat yang pernah aku hadiri sebelum-sebelum ni. Dato’ Salleh pun nampak berpuas hati dengan perbincangan tersebut. Ini bukan kali pertama aku berjumpa dengan Dato’ Salleh. Tapi ini merupakan mesyuarat aku yang pertama dengan dia.
      Sebelum ni aku cuma berkenalan dengan dia masa annual dinner syarikat tempat aku bekerja. Siapa sangka, Dato’ Salleh masih ingat akan aku. Terkejut juga lah aku dia boleh ingat dengan pekerja bawahan macam aku ni. Mesti dia ada memori yang bagus ni. Bos aku pula dari tadi muka dia macam pakai mask. Beku! Takde perasaan. ‘Ape kene pulak dia ni?’
      “Suka lah you dapat bermesra dengan Dato’ tadi.” Bos aku mula bersuara selepas dia lancarkan mogok taknak bercakap sedari tadi. Masa tu kita orang dah ada kat dalam perut kereta.
      Tapi macam biasa, ayat dia mesti menyakitkan hati aku. Ini lah kali pertama aku tak rasa terpukau langsung dengan kehenseman orang lelaki. Okey, aku mengaku dia handsome. Tapi sebelum-sebelum ni aku mesti macam kena hipnotis aje bila nampak lelaki handsome. Tapi dengan dia, aku takde perasaan. Heartless!
      “Apa yang awak merepek ni Ash?” Wah, cara aku cakap macam member aje dengan dia. Kes letih campur bengang punya penangan. Dia senyum lepas dengar aku cakap. Dia ni cepat betul mood swing. Tadi nak senyum pun susah, ni tiba-tiba pemurah pula nak senyum. Aku rasa aku tak buat lawak pun.
      “I suka you panggil I macam tu,”
Pulak dah. Tadi dia yang beriya-iya suruh aku panggil dia Ash. Ini cara dia cakap macam aku rela hati aje nak panggil dia macam tu. Aku hanya menyepikan diri selepas tu. Kalau ikutkan hati, nak aje aku jawab macam ni. ‘ masalahnya, aku tak suka pun nak panggil kau macam tu,’ Tapi nak buat macam mana, ayat tu aku cakap dalam hati aje. Aku nak kerja lama lagi wei. Rumah pun tak beli lagi ni.
      “Sebelum balik office, teman I makan.” Dia buat permintaan yang berunsurkan arahan. Dia ni memang sah bukan manusia. Padahal baru aje kita orang makan masa meeting tadi.
      “Tadi kan dah makan..” Aku kalau boleh nak balik cepat ke office. Tak sanggup aku nak berlama-lama dengan dia. Aku rasa, kalau aku ni ada kutu, dah lama dah kutu-kutu kat atas kepala aku ni mati.
      “Tadi I takde selera tengok orang tua tu sibuk nak menggatal dengan you,” Cehhh, takde selera konon.. aku tengok pinggan dia licin aje tadi. Ermmm, lantak kau lah. Since you are the boss. Apa lagi yang boleh aku cakap. Eh..eh.. dia cakap apa tadi? Dato’ Salleh menggatal dengan aku? Bila punya cerita pula ni?


      “Betul ni you taknak makan apa-apa?” Bos aku bertanya masa kita orang tengah tunggu order. Dia ingat perut aku ni besar sangat ke? Dah la tadi pun macam nak mati aku habiskan beef stick yang besar gedabak tu. Aku rasa perut aku dah tak ada ruang dah nak isi makanan.
      Seperti biasa, aku hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan. Aku rasa lepas ni aku nak masuk kelas bahasa isyarat lah. Sebab aku kena guna banyak jenis bahasa isyarat dengan bos aku ni. Aku pun tak tau kenapa, bila dengan dia aku jadi malas nak buka mulut. Perasaan meluat melimpah-ruah gitu. Aku kena catat kat dalam diari ni sebab dia satu-satunya lelaki kaya plus handsome yang tak dapat mencairkan hati aku. Waahhhh!
      “Kenapa you buat muka macam tu?” Alamak, reaksi aku terover ke sampai dia tegur? Tapi, aku buat muka macam mana eh?
      “Muka macam mana?”
      “Well, I don’t know. But it’s look like you amazed with something.. I think” berkerut-kerut dahi dia menerangkan ekspresi muka aku tadi. Hish dia ni lah, suka betul meyibuk dengan hal aku. Suka hati aku lah nak buat muka macam mana pun.
      “I’m sorry.” Dia bercakap lagi. Sorry apsal pula ni? Dia ni suka betul buat aku pening. Aku pandang dia dan angkat kening. Tanda aku tak faham apa yang dia cakapkan.
      “Tadi, I tak dapat nak kawal diri I. I bengang bila tengok cara Dato’ pandang you. You tau aje lah, dia tu kan gatal. But, thank to god, I’m still can finish my job perfectly,” Sempat pula dia puji diri sendiri.
      Dato’ Salleh nak menggatal dengan aku? Dah gila agaknya bos aku ni. Aku ni sah-sah lah bukan taste Dato’ tu. Semua orang tau yang Dato’ Salleh tu cuma layan stok-stok model aje. Aku ni nak jadi model pun jauh panggang dari api, ni boleh pula bos aku ni cakap Dato’ Salleh tu nak menggatal dengan aku.
      Lagi tak masuk akal, apa kes pula bos aku nak bengang? Aku tak rasa pun macam Dato’ Salleh tu nak menggatal dengan aku. Kalau betul pun, aku yang sepatutnya bengang. Tak ada kena mengena pun dengan dia. Pelik-pelik lah bos aku yang sorang ni.
      “Arafah.. Please say something.. I rasa serba salah bila you asyik diam aje.. I want to hear your voice,” Baru aku perasan, rupa-rupanya hanya dia aje yang bercakap dari tadi. Patutlah asyik mengarut aje mamat ni. Aku hanya tersengih selepas tu. Aku nak cakap apa?
      Tak lama kemudian, makanan dia pun sampai. Lepas tu, dia pun dah tak bercakap dah. Agaknya nikmat sangat kut dapat makan. Dia kan tak ada selera tadi…kononnyalah!
      Sementara dia tengah makan tu, mata aku pun melilau lah tengok suasana dalam hotel ni. Kebanyakan pelanggan yang ada kat situ semuanya kelas-kelas belaka. Aku aje yang tersesat masuk sini. Memang dah sebiji rusa masuk kampung dah aku ni gamaknya. Tiba-tiba mata aku menangkap sesusuk tubuh yang sememangnya aku taknak jumpa dah. Macam mana lah dia ada kat sini. Buat spoiled mood aku yang dah tak berapa nak okay ni aje. Baik aku pandang tempat lain dan buat-buat tak nampak. ‘Tapi kan, dia datang dengan siapa eh? Dengan girlfriend baru dia ke?’ Ish, aku ni apsal? Ikut suka dia lah nak datang dengan siapa. Bukan urusan kau lah Ara. Jangan masuk campur..jangan masuk campur..
      “Hey Ash! Buat apa kat sini?” Masa aku tengah berperang dengan diri sendiri, tiba-tiba ada satu suara yang menegur bos aku dari arah belakang. Asudah, aku macam kenal aje suara tu.
      “Hey Kim! Long time no see you man. What’s up? Buat apa sekarang ni?” Tiba-tiba bos aku bangun dari tempat duduk dia dan bersalaman dengan seseorang. Sah! Memang sah lagi jelas mamat yang tegur bos aku tu orang yang aku kenal dan merupakan orang yang aku taknak jumpa langsung tu.
      Janganlah mamat tu pusing ke arah aku. Mana aku nak letak muka ni?
      “Kim, meet my girl.. Ara,” Tiba-tiba bos aku memperkenalkan aku dengan mamat yang dia panggil Kim tu. A.k.a Nik Hakimi Nik Kamil dan juga merupakan bekas teman lelaki aku. Inilah lelaki yang aku taknak jumpa tu dan sebab dia juga lah aku semacam fobia nak bercinta. Dan yang paling haru, ada ke patut bos aku yang ‘cerdik lagi bijak’ tu cakap aku ni ‘girl’ dia. gila ke apa bos aku ni????
      Saat Hakimi memalingkan muka dia ke arah aku, aku pun bagi senyuman paling manis kat dia. Konon-kononnya senyuman bahagia lah. Entah sejak bila pula aku berkomplot dengan bos aku jadi pelakon. Ternyata Hakimi memang terkejut gila bila tengok muka aku kat situ. Tak lama kemudian, dia tersenyum pula. Lebar! dan semakin lebar.
      Apa maksud senyuman dia tu??? Aku benci tengok dia senyum!
“Sayang, ni Hakimi..kawan I masa kat kolej dulu before I fly pergi Ireland.” Bos aku menambah. Masa tu, aku pula yang terkejut beruk. Bukan sebab apa yang diberitahu bos aku tapi sebab dia suka-suka hati panggil aku sayang. Sejak bila aku bagi mandat dekat dia ni?
      “Hye, we meet again,” Belum sempat terkejut aku habis, Hakimi pula menambah volume kejutan aku ni. Tambah lagi satu bala. Kenapalah dia tak buat-buat tak kenal aku aje. Otak aku dah tak dapat berfikir dah masa ni. Aku terus pandang bos aku dan tengok reaction dia macam mana. Kalau dia cool aje, tak payah lah aku menerangkan maksud ayat ‘we meet again’ tu.
      Tapi malangnya dia memang tak cool. Dia siap angkat kening double-jerk lagi tu sebagai isyarat suruh aku terangkan.
      Tapi macam biasa, aku hanya tersengih. Aku tak rasa bos aku perlu tau hubungan aku dengan Hakimi dulu. Takde sebab dia perlu tau!
      “Okaylah Ash. Aku pergi dulu lah ya. Kerja banyak lagi ni kat ofis.” Hakimi bersuara sambil menepuk bahu bos aku. Kemudian, dia pandang ke arah aku.
      “Ara, you makin cantik sekarang ni. Hope to see you soon dear,” Hakimi tersengih sambil mengenyitkan mata sebelum dia berlalu pergi. Tiba-tiba aku rasa macam rahang aku dah jatuh ke bawah dah. Aku tau dia sengaja. Apa motif dia?? Mata aku terus pandang dia sampai bayang dia hilang.
      “Ara, tutup mulut you tu and terangkan kat I apa maksud semua ni” Suara bos aku memecahkan gegendang telinga aku selepas lima minit aku tercengang-cengang kat situ.
      “Encik.. err… Ash.. kita dah lambat nak balik ofis ni,” Aku terpaksa tukar topik. Aku memang taknak dia tau.
      “Nope, kita takkan balik ofis selagi you tak explain pasal tadi,” Suara bos mendatar. Dia ni memang la suka paksa aku. Aku nak jawab apa ni? Aku nak balik ofis cepat la mangkuk!
      “Errr.. saya dah lama dah kenal dia. tapi kenal macam-macam tu aje lah,” Lima bulan tu kira lama lah kan? Aku rasa cukup sampai situ aje lah bos aku patut tau.
      “Sure? Kenal macam-macam tu aje? Nothing Special?” Bos aku menduga.
“Betul bos. Im very sure.” Aku cakap sambil angkat tangan macam tengah berikrar.
      “Okay, buat masa sekarang, I percaya cakap you, tapi kalau I tau you tipu. You tau lah nasib you macam mana,” Dia pandang aku dengan pandangan tajam. Aku hanya menelan air liur dan pandang ke arah lain. ‘Aku kena cepat cari kerja lain ni’. Tak lama kemudian, dia membayar bil makanan dia dan kita orang pun balik semula ke ofis.
      Masa sampai kat ofis, jam dah menunjukkan pukul 4.30 petang. Lagi setengah jam aje nak habis waktu kerja. Lama betul aku keluar tadi. Nasib baik keluar dengan bos. Tak ada lah rasa serba salah sangat. Aku pun segera menyiapkan kerja aku yang tertangguh tadi. Ada lagi beberapa report yang aku kena semak. Minta-minta sempat lah siap hari ni. Aku malas nak bawa balik rumah.
      “Ara, kau taknak balik ke? Dah pukul 5.30 dah ni.” Tiba-tiba Marliana tegur aku. cepatnya masa berlalu. Nasib baik aku cuti dari solat hari ni. Takde lah aku terkejar-kejar nak solat lagi. Tiba-tiba aku teringat insiden sebentar tadi.
     
      “Okay, jom kita solat dulu,” Bos aku berkata selepas memberhentikan kereta di hadapan masjid sebelum kita orang nak pergi makan buat kali kedua tapi dia aje lah yang makan kan. Satu sifat dia yang aku puji, sebab dia jaga solat dia. Bukan macam aku ni, main redah aje. Hu hu hu.
      “Awak pergi lah. Saya tunggu dalam kereta,” Aku tersengih pandang dia. Harap-harap dia faham lah dengan masalah perempuan macam aku ni.
      “Aik? Kenapa?” Dia tanya aku dengan kerutan dia dahi. Tapi sekejap aje, lepas tu dia tersenyum lebar. Aku macam tau aje apa yang dia fikir.
      “Tengah kibar bendera merah ek?” Dia cakap sambil ketawa. Aku dapat rasa muka aku dah bertukar warna masa ni. Dia ni pun, tak payah lah cakap. faham-faham sendiri dah lah. Saja bikin aku malu. Haiya!
      “Okaylah. You tunggu dalam kereta elok-elok. Jangan lupa kunci kereta ni.” Dia berkata selepas keluar dari kereta dan berlalu pergi ke arah masjid.

      “Kau ni apa hal? Aku tanya, kau berangan pula,” Suara Marliana mematikan terus bayangan tadi. Aku pandang dia sambil menggelengkan kepala.
      “Kau tak balik lagi ke?” Aku tanya Marliana pula.
      “Aku tunggu hubby aku jemput. Dia lambat sikit hari ni. Eh, tadi kau dating dengan bos ya?” Tiba-tiba Marliana buka topik. Ni kalau orang lain dengar ni, boleh menimbulkan fitnah.
      “Kau ni.. mana ada dating lah. Aku keluar dengan dia sebab kerja tau. Kau jangan nak mengarut eh, nanti tak pasal-pasal peminat fanatik dia serang aku.”
      “Siapa?” Marliana tanya aku pula.
      “Lah, kan kau sendiri yang cakap bos kita tu handsome, sah-sah lah dia ramai peminat fanatik. Aku rasa kalau kau tak kahwin lagi, dengan kau kau sekali jadi peminat fanatik dia,” Aku menjeling Marliana yang dah tersengih-sengih tu. Tiba-tiba telefon bimbit Marliana berbunyi. Mesti suami dia yang menelefon.
      “Okaylah Ara. Husband aku dah ada kat bawah dah. Aku balik dulu lah eh, Kau jangan balik lambat sangat. Nanti tak pasal-pasal kau kena tangkap basah dengan bos. Ha ha ha” Marliana sempat lagi mengenakan aku sebelum pergi.
      Kena tangkap basah? Uish, simpang malaikat empat puluh empat. Yang mamat tu pun satu, sibuk aje nak balik lambat. Tak boleh jadi ni, terpaksa lah aku bawa semua kerja aku ni balik rumah. Taknak aku berlama-lama kat sini. Buatnya mulut si Mar tu masin, tak ke naya aje aku?
      “Tak balik lagi?” Satu suara menegur aku semasa aku tengah sibuk-sibuk mengemas meja yang bersepah macam kena langgar garuda tu. Muncul dah mamat ni. ‘Cepat Ara, cepat! Kau sumbat aje semua benda tu dalam laci’
      “Nak balik lah ni, okay lah encik. Saya gerak dulu. Assalamualaikum.” Sepantas kilat aku mencapai fail dan beg tangan aku. Mamat tu terpinga-pinga tengok gelagat aku. Baru aje aku nak keluar pintu, tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik. ‘Ni dah melampau ni Mat. Suka hati aje main tarik-tarik tangan. Kau ingat aku ni tali ke apa nak main tarik-tarik tali?’ Tapi macam biasa, ayat tu dalam hati aje lah kan. hu hu hu.
      Aku pusing kepala pandang dia dengan muka bengang. Aku tengok muka dia pun sama bengang aje dengan muka aku. Apa kes pula dia nak buat muka macam tu?
      “You nak larikan diri dari I ke?” Dia tanya aku dengan perlahan. Tapi aku dapat rasa yang dia tengah marah.
      “Tak lah, saya dah lambat ni. Nanti gelap, takut pula nak jalan kat basement tu” Aku memberi alasan.
      “Wait for me,” Mamat tu terus hilang masuk bilik dia lepas cakap dengan aku. Tapi aku tak rasa pun macam nak tunggu dia. Aku pun terus keluar dari situ dan pergi ke arah lif. Tak sampai seminit aku tunggu, pintu lif pun terbuka. Lega! Aku macam takut aje dengan apa yang bakal terjadi kalau bos sempat kejar aku. Cepat-cepat aku masuk lif dan tekan butang P1.
      Belum sempat pintu lif tertutup, tiba-tiba ada tangan yang tahan pintu tu. Asudah!
      Bos aku masuk ke dalam lif dengan muka tahan marah. Aku kecut perut dah kat situ. Tapi sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut dia dan dia berdiri membelakangkan aku. Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka. Bos aku tetap berdiri kat depan aku tanpa ada tanda-tanda yang dia nak bergerak. Macam mana aku nak keluar ni?
      Aku bergerak sikit ke tepi supaya aku boleh melepasi dia. Tak sampai berapa inci aku melangkah, tiba-tiba dia tarik tangan aku keluar dari lif tu. Mamat ni memang lah takde adab. Aku cuba tarik tangan aku, tapi tak boleh. Pegangan dia kuat sangat sampai naik merah tangan aku. Sakitnya jangan cakap lah kan.
      Kemudian, dia tolak badan aku sampai aku bersandar dekat dinding sebelah pintu lif. Kedua-dua tangan dia berada dia atas bahu aku. Aku dah cuak. Apa yang dia nak buat ni?
      “En…cik... nak.. a..pa.. ni?” Aku tanya dia tergagap-gagap. Masa ni macam-macam bayangan ada kat kepala otak aku. Janganlah keluar headline ‘Pekerja Dibunuh oleh Majikan’ kat dalam surat khabar esok.
      “You jangan nak cabar I Ara.” Bos aku cakap sambil mata dia tajam pandang aku. Muka dia dengan muka aku lagi berapa inci lagi nak kena. Sampaikan nafas dia pun aku boleh rasa. Mata aku melilau tengok sekeliling. Janganlah ada orang lain nampak. Nanti apa pula cakap dia orang.
      Aku cuma menyepikan diri. Aku takut marah dia menjadi-jadi kalau aku bersuara.
      “Kan I dah suruh you tunggu I tadi. Susah sangat ke you nak tunggu?” Dia menambah. Aku telan liur. Kesat!
      “Huh..” Dia mengeluh, kemudian melepaskan tangan dia dari bahu aku.
“It’s okay. Jom, teman I makan,” Rahang aku jatuh ke bawah dengar ayat last dia tu. What??? Dia ingat aku ni apa? Ikut suka hati dia aje buat aku ni macam anak patung. Aku rasa macam nak penyepak aje dia. Tapi bila ingat balik apa yang dia buat kat aku tadi, terus otak aku kata jangan.